Rabu, 30 November 2011

DOSA DALAM PERKAHWINAN

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.

Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulisblog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.

Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.

Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?

Ilmu rumahtangga?

Ilmu Agama?

Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri.

Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?

Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.

-Artikel iluvislam.com

Jumaat, 25 November 2011

Kenduri Perkahwinan Azrizan

Posted by Picasa

kenduri kahwin kwn2 ... ;)

20/11/2011..
Actually hari nie hr ke -1o ..and the last day 4 me...aku bersantai2 di rumah..
Maklumlah....cuti panjang + raya haji..... baru nk beraya.... sbb raya hj hari tue aku kerja...

Sepanjang cuti...? Bestla gakk... dpt rehat bersama keluarga...
Gunakan peluang sebaik mgkin utk kita rapatkan hubungan ukhwah nie...

Dan di kesempatan yg ada nie pun..kami sekeluarga tlh gie mkn nasi minyak org sg buloh..sempena perkahwinan AZRIZAN iaitu rakan aku di hospital dan emak dia adalah bekas pengasuh pertama anak Hazirah masa kecik dulu...masa kami menetap di TAMAN DESA BUKIT INDAH....

Hehehe..Hazirah dah tak kenal Mama Zah??? tp dia masih lg mesra ngan Fizah adik kpd Azrizan..Mama Zah plak..hampir tak kenal Hazirah..sbb Hazira dah besar..dan berambut panjang ... ;)

So this the picture.... utk dikongsi bersama... dan sbg kenangan2 yg indah... ;)

Rabu, 16 November 2011

hari aqiqah ,naik buai ank2 ;) on 30/4/2011

Doakan yg terbaik utk kami sekeluarga...amin...

Salam.. bermaaf-maafan... xkan nk tunggu hari jerk kot....

posing2....sempat lg tue...di hari AQIQAH ank2 bln 4 hari tue..

1..2....3....action. ;)

Hehehehe...... gatal la abie nie...


Bersama ank2 yg sedang lena tidur dibuai... buaian...

bleh--bleh lagi... buaikan tak? akak seronok dibuai mimpi..



Adik.....masa tembam...skrg tak lg..dah kurus... hyperactive..


Anak2..penyambung keturunan...


erm.... senyum blm lg la.. ;)

Batriya..anak kakak yg ke-2...


see.... sgt tembam adik nie...


kenangan gambar arwah epah dr kiri hujung skali.. kenduri last yg epah sempat ada pd thn nie... Alfatihah---amin.. ;(

kepenatan....rasa mcm kenduri nk kahwinkan ank2 plak... ;)

WAN NUR KARMILA HADIRAH AND WAN NUR WARDINA HAZIRAH...yg diraikan.. ;)


A BEAUTIFUL FAMILY.... A BEAUTIFUL DAY.... I LOVE THEM.. ;)
AL-HAMDULILLAH..THANKS ALLAH FOR GIVING ME A LOVELY HUSBAND AND DAUGHTERS... ;) ALLAH KNOWS BEST......

BESDAY KARMILA HADIRAH ... ;)

Besday Adik... ;) WAN NUR KARMILA HADIRAH...

15/11/2011...
Smlm genaplah Wan Nur Karmila Hadirah -setahun..... masih lagi terpahat di sanubari.... saat2 melahirkan Hadirah... hanya Allah sahaja yg tahu bertapa Sakitnya ...sakit bersalin nie...
cerita tentang pengalaman bersalinkan Hadirah.... rasanya itu adalah pengalaman yg takkan dilupakan dan terbaik utk menginsafi diri...

Kami sekeluarga menyambutnya di Black Canyon Alamanda... hari yg indah..
buat adik ... " happy birthday..."....

14/11/2010...
Actually..due date was 17/10/2011..On Hari Raya Aidil Adha... tp mungkin disebabkan kesihatan yg tidak baik---batuk dah masuk 2 minggu masatue... Heart rate for me was 150bpm-160bpm... and the baby also tarchycardia...190bpm...aku ditahan masuk ward... aperlagi..bila inform kat emak bapa aku kat kampung..bergegas diorang dtg ke Putrajaya...
actually..subuh tue dah ada rasa contraction skit2... tapi aku buat derkkkk..jerk.. biaslah sakit sikit2....

10mlm.. 14/11/2011...
waktu melawat dah habis...
Abie dan emak semua nak balik rumah.. Aku plak baru amik Nebuliser... susah nk bernafas..disebabkan batuk yg teruk.... rasanya tak sanggup dapat Upper respiratory Infection while in pregnancy... Sakitnya teruk..sbb satu susah nafas.. then u can't eat the benadryl"ubat batuk"..sbb it can make ur baby sedated .... Bahaya utk ibu mengandung.. teringat plak kisah kwn saya..bertugas di Putrajaya yg mkn ubat batuk masa 7 months in pregnancy ...and at the last...the baby died... Sian kann...sbb kecuaian kita juga... ;(

at 1.34am

Aku dah mula rasa frequent contraction...skjp2 contract.. Sakitnya .. tp sikitpun aku tak bersuara.... hanya aku genggam bedsheet hospital jerk menahan sakit..disambil tue mulutku tak habis 2 membaca ayat Al-Quran mcm2.... TAKOT???? hehehe... sapeer ckp tak takut...?
sbb wlpn utk kali ke-2 bersalin tp ini bagaikan nk melahirkan ank yg pertama..sbb Hazirah dulu bersalin LSCS..Scissor... tak sakit manapun kalau scissor....

5am

wlpn kesakitan..aku bangun terbongkok2...menahan sakit... gie Bilik Air..mandi..shampoo rambut.....bersihkan anggota badan..sama mcm sblm nie..Hazirah dulu pun ..aku gie mandi dulu.... takkan nk bagi org yg menyambut ank kelahiran kita ...dgn bau yg tak sepatutnya...
Rambut disisir rapi.... slps mandi...dan sabar menahan kesakitan.... nk call Abie..x sampai hati..sbb Abie dah kepenatan semalam...menunggu aku di ward...dan menguruskan Hazzirah yg x sbr nk dpt adik baru... ;) memori yg indah kan wlpn kesakitan...


6am

Dipendekkan cerita...
dah 4 kali..call bell berbunyi... tp DR asyik ckp baru buka 4cm..pls la.. aku dah rasa nk terbuang air besar sgt..so bila dah 4cm baru leh hantar labor room... ermmm???? wajib ke kena tunggu 4cm? tak salah dulu..masa aku student... kalau frequent contraction... sepatutnya dha kena hantar labor room...

7am

bleh lak Misi2 di ward nie pass over report dulu.. nasib baik one of the MO On call lalu di kaunter..and shouted to them to send me to labor room now... sbb keadaan aku masatue ..berada di atas wheel-chair..sambil kaki nie ku kepitkan rapat2..takot baby terkeluar atas wheel-chair...spjg perjalanan ke labor room... aku rasa baby nie dah nk kuar sgt...
Naik2 jerk katil....Misi di labor room bising2..." diorang nie reti check VE ke tak? bKnnya 4cm Nie..nie dah 10cm..dah nampak rambut....." aku yg terdengar masatue..dah agak dah..nie bkn 4cm...sbb sakitnya mcm dah nk kuar sgt baby nie...dan rezeki abie...

nasib baik Abie dah ada di labor room---" panggil suami dia masuk skrg"..terdengar Misi2 sibuk mencari husband aku...
hehehhe..aku yg dah ada atas katil masa tue..tahu nk meneran jerk....

Abie dah ada disisi..." Umie ...teran kuat2 ek..Abie ada di sisi Umie.....bila ada contraction baru teran erk..." hehehe... Abie nie dah mcm Misi2 plak.. timing bagus jerk...mcm tahu plak nak meneran mcm mana... ;) learn from other experiece...

Aku nampak air mata bergenang di mata Abie..berkaca matanya..melihat aku dlm kesakitan... ;( misi2 dan husband aku.... memberi sokongan yg tak terkata.. " ummie...teran....jgn lps..teran...jgn lps.."....dan akhirnya dlm masa 2 minit jerk.. Wan Nur Karmila Hadirah dah ada di atas dadaku.."...Dan slps tue aku plak bergenang air mata..sbb Abie tgh laungkan IQAMAH pada anakku".....Maha Suci Allah...

"Ya Allah...terima kasih permudahkan aku bersalin..."... aku berasa Insaf sgt... sakit bersalin nie memang sakit.. Hanya Allah jerk yg tahu ..bertapa sakitnya... ;)

S0-- jahit pun dah..nk dekat sejam jugak nk jahit episotomy... sakit jarum kena kulit..itu yg paling sakit..sampai terdetik di hati aku masatue... mcm mana lah org yg ada ank ramai2 tue???
x sakit ker? Kuasa Allah..... sampai menggigil2 aku dibuatnya masa jahit....

dlm kul 9pg aku dah dihantar ke wad balik..

sebaik jer sampai di ward... kakak yg ada disebelah katil aku.iaitu Puan Intan.....terkejut...sambil bekata......"SHARIFAH... awk sungguh tabah..saya tak dengar lansung awk mengerang kesakitan.. mlm tadi...dan sepanjang 3 bulan saya dah di tahan di ward...org2 sblm nie..ada yg menjerit2 tak tahan sakit...tendang bucu katil...ada yg suruh saya urut pinggang diorang...ada yg suruh saya tolong diorang ...pegang tgn diorang...sbb x tahan sakit..dan awak adalah org pertama yg lansung saya x dgr suara pun... mengerang kesakitan..."...

" YA ALLAH..Tabahnya awk.."...... dan aku masatue terkedu skjp...
lalu menjawab.." kak.... sakit tue memang sakit.. tp mulut saya tak lepas2 dgn Ayat Al-quran"....
sakit mcm mana pun..xkan kita nk jerit2... sbb Allah tgh bagi dugaan pd kita.."...

Napa erk?
1) sbb aku seorang Nurse kot..
2) hehhehe...nanti nurse2 tue kata aku ngada2 plak..
3) mcm yg aku katakan..sakit mcm manapun takkan nk jerit2..nangis2.... semua org akan merasai sakit bersalin nie.... ;)
4) aku dah motivate diri aku supaya tidak menangis... blajarlah tahan sakit..wahai SHARIFAH..
5) Misi pun byk keja lain..drpd terpaksa mendengar aku menangis... ;) mcm aku slalu dgr ayat nie...hehehehe....
6)kalau tak ada contraction..mcm mana nk bersalin... ;) betul2... kena ada rasa sakit baru tahu baby dah nk kuar..
7) sbb aku keseorangan..x suka menyusahkan org lain..dan Abie ada di rumah masatue..xbleh ada saper2 yg menemani aku di ward... ;(
8) Aku baru rasa nk bersalin SVD.... ;)

ERmmmmm.... indahkan pengalaman bersalinkan ank2?

aku dah merasa scissor dan SVD... 2 pengalaman yg berbeza... sgt indah rasanya..tp takot gakk nk lalui yg ke-3? hehhehe..Abie is planning to get a baby boy?...kami tersenyum.. mgkin impian itu akan tercapai selepas Hazirah berumur 7 thn... sbbnya InsyaAllah ..jika dizinkan Allah..aku akan bekerja di Arab thn dpn.. ;) Kita hanya Merancang..yg menentukan sgalanya adalah Allah SWT jua.... ;)

kpd adik: Wan Nur Karmila Hadirah... Ummi dan Walid sygkan adik sgt2... jgn nakal2..jg diri baik2...jd anak yg baik..ank solehah...ank yg suka membantu org dlm kesusahan...ank yg bijak...dan sgala yg baik2..jadikan amalan dan yg tak baik..jadikan sempadan..."....
Semoga Allah merahmati mu anak-anakku.... " wan nur karmila hadirah dan wan nur wardina hazirah".... amin....

p/s: teringat plak.. abie baru cerita kawan kps officemate dia ..baru meninggal dunia...bersama baby ketika melahirkan .... ank yg ke-3. jumaat yg lalu...bersalin di hospital swasta..... Al-fatihah utk arwah..dan kebetulan arwah adalah menantu kepada Boss Kembar saya... dunia tue kecikkan.... satu kisah yg sama...or yg sama.. tp mendengar kisahnya drpd org yg berbeza2...
" syurga utk si ibu dan ank"....harapnya.... dan meninggal plak di hari Jumaat...terlepas seksaan kubur... bkn senang nk bergelar seorang ibu ? so..kita yg ada nie..hargailah ibu-bapa kita selagi mereka ada... ;)















Selasa, 15 November 2011

TIPS..Menangi anak ;)

ANAK-ANAK KITA ;) SATU ANUGERAH ....





tiPs mEnangaNi aNAk


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

PETA HIDUP !!!!!!