Isnin, 24 Oktober 2011

KALAU AKU MISKIN? BIARLAH JIWA AKU KAYA ..DGN KEIMANAN... ;)

KALAULAH AKU MISKIN..



Ramai orang yang berangan-angan menjadi kaya. Siapa yang tidak mahu hidup senang didunia ini? Tanyalah sesiapa pun dari kanak-kanak yang masih kecil, remaja yang masih bersekolah, orang dewasa ataupun yang sudah berumur semuanya menginginkan agar mereka menjadi kaya. Namun demikian pernahkah kita mengajukan soalan ini – KALAULAH AKU MISKIN?

Mungkin orang yang tidak berfikiran waras ataupun sudah jemu hidup didunia ini yang akan berkata demikian. Bukannya mahu melemahkan semangat atau mengurangkan motivasi pembaca diawal pagi Isnin ini tetapi bacalah semoga kita semua mendapat manfaat bersama.

Dizaman moden ini memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu ketika kita masih kecil. Zaman sekarang kehidupan masyarakat sudah berubah dan kadar kemiskinan juga semakin kecil. Walaupun taraf hidup semakin tinggi tetapi kita masih mampu membeli kereta untuk bergerak kesini-sana, menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dan menonto TV dirumah.

Kita juga sentiasa kenyang dan mampu membeli apa sahaja makanan yang enak dan lazat. Kita mampu membeli pakaian yang mahal dan bercuti di sana- sini. Bersyukurlah diatas segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Beruntunglah kita hidup dinegara yang aman dan sentosa ini.

Jika kita pernah sampai kenegara yang mundur dan miskin kita pasti akan terkejut dengan keadaan hidup mereka. Di Bangladesh misalnya jika anda pernah sampai di pendalaman anda akan lihat rumah yang dibuat dari lumpur dan apabila anda masuk kedalam rumah itu dindingnya adalah dari tanah liat, tiada bekalan eletrik didalamnya. Sumber air adalah dari dalam tanah. Mereka masak menggunakan bahanapi dari najis lembu yang dikeringkan.

Begitu juga dengan Negara Afghanistan dan juga di banyak negara di Benua Afrika yang hidup dalam kebuluran kerana tiada makanan untuk dimakan dan ramai yang tiada tempat perlindungan kerana hidup dalam pelarian. Kita akan lihat mayat yang bergelimpangan ditepi jalanraya, manusia mati kerana tiada makanan sedangkan kita disini membuang makanan yang berlebihan. Anak-anak mati kerana tiada susu dan makanan untuk dimakan.

Pernahkah kita berfikir apakah yang akan terjadi sekiranya sesuatu berlaku kepada kita yang menyebabkan kita menjadi miskin? Perkara ini bukanlah mustahil kerana segala ketentuan qada dan qadar adalah sesuatu yang mutlak daripada Allah SWT. Bukannya kita mendoakan agar perkara ini berlaku tetapi perkara ini mungkin berlaku.

Mungkin Allah SWT mahu menguji hambanya atau mungkin memberi kifarat diatas kesalahan kita. Pernah dan selalu kita baca diakhbar ramai golongan berada yang menjadi muflis dan papa dengan sekelip mata. Ada pula yang ditimpa kemalangan yang menyebabkannya menjadi lumpuh dan cacat seumur hidup sehingga hilang punca pendapatan. Bagaimana sekiranya perkara itu berlaku kepada kita. Nauzubillahi min dzalik…

Dalam kita menikmati segala kemewahan dan nikmat daripada Allah SWT, ramai juga yang tidak bersyukur ataupun kurang mensyukuri nikmat daripadaNya. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:-
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Ramai manusia yang kaya didunia ini tetapi menjadi papa diakhirat nanti. Dunia hanyalah sebuah kehidupan yang sementara dan segala kenikmatan hidup didunia akan menjadi berkurang dan akan terus lenyap apabila kita memasuki alam Barzakh. Mahukah kita menjadi miskin disana walaupun kita hidup mewah didunia ini?

Mari kita Tanya diri kita sendiri?
Apakah nasib kita diakhirat nanti? Adakah kita akan berjaya atau kita akan gagal selama-lamanya?
Adakah kita akan selamat dari azab dikubur nanti apabila berhadapan dengan Munkar & Nakir?
Adakah kita dapat selamat dari kesesakan dan huru-hara di Padang Mahsyar nanti?
Manakah amalan yang lebih berat didalam Neraca Mizan – Dosa atau Pahala?

Dunia begitu singkat tetapi kehidupan yang singkat inilah yang akan menentukan samada kita akan berjaya atau gagal selama-lamanya. Samada kita akan dimasukkan kedalam Syurga ataupun Neraka Jahannam. Ketika itu segala harta dan kemewahan dunia tidak lagi memberi apa-apa makna kepada kita. Hanya harta yang kita telah belanja dijalan Allah SWT sahaja yang akan membantu kita disana.

Baiklah, marilah kita mengubah hidup kita agar menjadi seorang Mukmin yang bukan sahaja kaya didunia tetapi kaya diakhirat. Kaya dengan Iman, Amal, Ilmu dan Akhlak agar ini akan menjadi bekalan kita diakhirat nanti dan menjadikan kita orang yang paling kaya diakhirat nanti.

Jangan bangga dengan pakaian yang mahal, karena pakaian terakhir kita kelak adalah kain Kafan.
Jangan bangga dengan kenderaan yang mewah, kerana kendaraan terakhir kita adalah Keranda.
Jangan bangga dengan tempat tidur yang empuk, karena tempat tidur terakhir kita adalah Tanah.
Jangan bangga dengan rumah besar, karena rumah terakhir kita adalah Kubur.
Jangan bangga dengan wajah yang cantik/tampan, karena wajah terakhir kita hanyalah Debu.
Jangan bangga dengan gelaran kita, karena gelaran terakhir kita adalah Allahyarham.

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Tiada ulasan: