Selasa, 9 Februari 2010

Welcome 2010..

assalamualaikum semua...
sory lame dh xupdate blog nih..
lupe pon ade blog.heehehe...
tu la ..thanks to wawa yg remind me about this blog.

1st of all selamat tahun baru 2010 dan tahun baru hijrah 1431H to all..
semoga tahun baru datang dengan azam, semangat dan kejayaan demi kejayaan yg baru utk diri sendiri nih..dan juga sume rakan2 taulan sekalian...amen.
kalau ade kegagalan dan ketidakupayaan, ketidaktentuan, kesesalan, kesalahan dan mcm2 lagi ke..an la..jadikan ia sebagai kenangan yg sudah berlalu..tapi jgn dibiarkan berlalu...
jadikan ia satu pengajaran dan titik tolak kepada kejayaan yang akan dikecapi kelak.
mudah2han..
selalu la berdoa agar dipermudahkan segala amalan di DUNIA dan juga di AKHIRAT..amen.

disertakan di sini DOA AKHIR dan AWAL TAHUN tuk tatapan dan amalan...kalau tahun ni xbace lagi..boleh bace..xde salahnye..doa..permohonan hambanya kepada tuhan, yakni ALLAH yang MAHA AGUNG LAGI MAHA BESAR..semoga doa kite diterima oleh NYA..mudah2han..amen.


================================================================
DOA AKHIR TAHUN:

"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang,
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam,
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.,
serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian,

Ya ALLAH wahai Tuhan kami,
Perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini,
maka kami belum bertaubat daripadanya,
padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya,
dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami,
malah memberi peluang supaya kami bertaubat,
selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunan Mu Ya ALLAH..
Ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini,
yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu,
dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.
Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah"
==================================================================
DOA AWAL TAHUN:


"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
Segala Pujian itu bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w,
dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,
sedia ada, tiada permulaan.
Kelebihan Mu Maha Besar,
dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru,
kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian,
di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat,
dan juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya,
Dan kami mohon daripada Mu,
akan pertolongan mengalahkan runtutan nafsu amarah
(Nafsu yang mendorong kepada kejahatan),
Kami mohon juga kepada Mu Ya ALLAH,
akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu,
Ya ALLAH Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia,
Ya ALLAH Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat."

AMIN..
=========================================================================

mudah2han segala apa yg kita hajatkan diperkanan ALLAH hendakNYA..amin.

wish u all the best of LUCK!!!
Ganbatte Ne!!!

start d engine..n blow up till d End....

~...we'LL nEvEr waLk aLoNe...
~

2 ulasan:

wawa_addien berkata...

selamat ber'blogging' kembali..

sollehkarim berkata...

hehe...insyallah..akan diteruskan coretan2 sekadar niat berkongsi dengan semua..