Isnin, 24 Oktober 2011

NURSES.....

PESAKIT..BERATUR UTK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL SG BULOH.


MASA MAKAN YG TIDAK MENENTU...DAN TIADA ISTILAH MKN DI CAFE..BG KAMU SEMUA.....

NYAWA ANDA DAN ANAK ANDA....TGJWB KAMI SEBAGAI JURURAWAT.... KERJA UTK MERASANI BEBAN PESAKIT BERSAMA.....


BERTUGAS TIDAK KIRA MASA...WLPN TERPAKSA MENINGGALKAN KELUARGA .... ;(



SIAPA ITU JURURAWAT?

artikel ni jmpe kat internet,pendapat seseorang.. thankz~


Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.


Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?

Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?

Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?


Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?


Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.

Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?

Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?


Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.

Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.

Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.

Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.

Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.

Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.

Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.

Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.

Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.

Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.

Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.

Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.

Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.

Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?

Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.

Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.

Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.

Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.

Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.

Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.

Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.

Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.

Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?



Hargailah jasa mereka.

thankz pada org yg tulis ni =)

i'm proud to be one of NURSES out there..



16 TANDA HUSNUL KHATIMAH.....

16 TANDA HUSNUL KHATIMAH


KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya. Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.
Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti. Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud:“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jumu’ah ayat 8 )
Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat. Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘HUSNUL KHATIMAH.’

Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah antaranya:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.

Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat.

Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada dahinya berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda:
‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’
(Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan
ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)


3. Wafat pada Hari Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang
yang mati syahid antara kalian?”
Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati
syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”
Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”


Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:“Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit Kolera (Taun) .
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid
bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)


7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan
Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’:“Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakitkolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.”
(Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.”
Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
“Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik sewaktu kita menghembuskan nafas yang terakhir. Allahumma Aamin.

KALAU AKU MISKIN? BIARLAH JIWA AKU KAYA ..DGN KEIMANAN... ;)

KALAULAH AKU MISKIN..



Ramai orang yang berangan-angan menjadi kaya. Siapa yang tidak mahu hidup senang didunia ini? Tanyalah sesiapa pun dari kanak-kanak yang masih kecil, remaja yang masih bersekolah, orang dewasa ataupun yang sudah berumur semuanya menginginkan agar mereka menjadi kaya. Namun demikian pernahkah kita mengajukan soalan ini – KALAULAH AKU MISKIN?

Mungkin orang yang tidak berfikiran waras ataupun sudah jemu hidup didunia ini yang akan berkata demikian. Bukannya mahu melemahkan semangat atau mengurangkan motivasi pembaca diawal pagi Isnin ini tetapi bacalah semoga kita semua mendapat manfaat bersama.

Dizaman moden ini memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu ketika kita masih kecil. Zaman sekarang kehidupan masyarakat sudah berubah dan kadar kemiskinan juga semakin kecil. Walaupun taraf hidup semakin tinggi tetapi kita masih mampu membeli kereta untuk bergerak kesini-sana, menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dan menonto TV dirumah.

Kita juga sentiasa kenyang dan mampu membeli apa sahaja makanan yang enak dan lazat. Kita mampu membeli pakaian yang mahal dan bercuti di sana- sini. Bersyukurlah diatas segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Beruntunglah kita hidup dinegara yang aman dan sentosa ini.

Jika kita pernah sampai kenegara yang mundur dan miskin kita pasti akan terkejut dengan keadaan hidup mereka. Di Bangladesh misalnya jika anda pernah sampai di pendalaman anda akan lihat rumah yang dibuat dari lumpur dan apabila anda masuk kedalam rumah itu dindingnya adalah dari tanah liat, tiada bekalan eletrik didalamnya. Sumber air adalah dari dalam tanah. Mereka masak menggunakan bahanapi dari najis lembu yang dikeringkan.

Begitu juga dengan Negara Afghanistan dan juga di banyak negara di Benua Afrika yang hidup dalam kebuluran kerana tiada makanan untuk dimakan dan ramai yang tiada tempat perlindungan kerana hidup dalam pelarian. Kita akan lihat mayat yang bergelimpangan ditepi jalanraya, manusia mati kerana tiada makanan sedangkan kita disini membuang makanan yang berlebihan. Anak-anak mati kerana tiada susu dan makanan untuk dimakan.

Pernahkah kita berfikir apakah yang akan terjadi sekiranya sesuatu berlaku kepada kita yang menyebabkan kita menjadi miskin? Perkara ini bukanlah mustahil kerana segala ketentuan qada dan qadar adalah sesuatu yang mutlak daripada Allah SWT. Bukannya kita mendoakan agar perkara ini berlaku tetapi perkara ini mungkin berlaku.

Mungkin Allah SWT mahu menguji hambanya atau mungkin memberi kifarat diatas kesalahan kita. Pernah dan selalu kita baca diakhbar ramai golongan berada yang menjadi muflis dan papa dengan sekelip mata. Ada pula yang ditimpa kemalangan yang menyebabkannya menjadi lumpuh dan cacat seumur hidup sehingga hilang punca pendapatan. Bagaimana sekiranya perkara itu berlaku kepada kita. Nauzubillahi min dzalik…

Dalam kita menikmati segala kemewahan dan nikmat daripada Allah SWT, ramai juga yang tidak bersyukur ataupun kurang mensyukuri nikmat daripadaNya. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:-
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Ramai manusia yang kaya didunia ini tetapi menjadi papa diakhirat nanti. Dunia hanyalah sebuah kehidupan yang sementara dan segala kenikmatan hidup didunia akan menjadi berkurang dan akan terus lenyap apabila kita memasuki alam Barzakh. Mahukah kita menjadi miskin disana walaupun kita hidup mewah didunia ini?

Mari kita Tanya diri kita sendiri?
Apakah nasib kita diakhirat nanti? Adakah kita akan berjaya atau kita akan gagal selama-lamanya?
Adakah kita akan selamat dari azab dikubur nanti apabila berhadapan dengan Munkar & Nakir?
Adakah kita dapat selamat dari kesesakan dan huru-hara di Padang Mahsyar nanti?
Manakah amalan yang lebih berat didalam Neraca Mizan – Dosa atau Pahala?

Dunia begitu singkat tetapi kehidupan yang singkat inilah yang akan menentukan samada kita akan berjaya atau gagal selama-lamanya. Samada kita akan dimasukkan kedalam Syurga ataupun Neraka Jahannam. Ketika itu segala harta dan kemewahan dunia tidak lagi memberi apa-apa makna kepada kita. Hanya harta yang kita telah belanja dijalan Allah SWT sahaja yang akan membantu kita disana.

Baiklah, marilah kita mengubah hidup kita agar menjadi seorang Mukmin yang bukan sahaja kaya didunia tetapi kaya diakhirat. Kaya dengan Iman, Amal, Ilmu dan Akhlak agar ini akan menjadi bekalan kita diakhirat nanti dan menjadikan kita orang yang paling kaya diakhirat nanti.

Jangan bangga dengan pakaian yang mahal, karena pakaian terakhir kita kelak adalah kain Kafan.
Jangan bangga dengan kenderaan yang mewah, kerana kendaraan terakhir kita adalah Keranda.
Jangan bangga dengan tempat tidur yang empuk, karena tempat tidur terakhir kita adalah Tanah.
Jangan bangga dengan rumah besar, karena rumah terakhir kita adalah Kubur.
Jangan bangga dengan wajah yang cantik/tampan, karena wajah terakhir kita hanyalah Debu.
Jangan bangga dengan gelaran kita, karena gelaran terakhir kita adalah Allahyarham.

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Jumaat, 14 Oktober 2011

menggamit memori..ketika akad nikah yg berlansung di MASJID UBUDIAH,BUKIT CHANDAN






ALHAMDULILLAH..SEMUANYA SELAMAT..
MY FAMILY.....

POSING....JGN X POSING...HEHEHHE...


MASJID UBUDIAH.... SEJARAH TERLAKAR ...


heheheh....malu2 ...plak...


BATAL AIR SEMBAHYANG....


salam.... ;D

DOA.......... ;D
DOA...... ;D.... Nk menangis masa tue..tp tahan ...hehhehe..





DATE: 21st MAC 2008 AFTER SOLAT ASAR...
BERMULALAH SEBUAH KISAH... KEHIDUPAN BARU AKU...

TGJWB YG LEBIH BERAT...

SAAT INI.... HANYA SEKALI....

MASA NIE..HEHEHE VERY NERVOUS...

SENYUM... TAK PERLU KATA APA2...SENYUM...
ITU YG PASTI...